JENAYAH SIBER

Jenayah siber bukanlah perkara baru. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi melibatkan masalah antarabangsa. Banyak kes melibatkan jenayah siber telah dikesan, malah, ramai rakyat Malaysia juga menerima akibat daripada aktiviti jenayah yang menggunakan ruang siber sebagai mediumnya. Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet.



Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakkan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai.



Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, majalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastuktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.
Perbezaan antara internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.

Klasifikasi Jenayah Siber
Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi Input, Pemprosesan Data, Operasi Output dan Komunikasi Data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar adalah seperti :-



Penipuan
Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
Kecurian maklumat.
Capaian secara tidak sah keatas sistem
Menyalin perisian secara tidah sah.
Pengintipan
Judi siber
Skim Cepat Kaya
Pornografi
Penggodam atan "hackers"
Penyebaran Virus



Mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer. Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah :-



Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
Kepentingan ekonomi
Berbeza takrifan jenayah
Kepentingan ketenteraan
Sikap manusia "Human attitude"

Jenayah komputer Merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal.
Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi, perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali Internet telah menyebabkan tugas polis menjadi semakin sukar.

Contoh contoh jenayah komputer :- Penipuan (komputer) yang dilakukan dengan mengubah rekod rekod komputer.
"Spamming" iaitu menghantar iklan yang tidak dikehendaki secara berlebihan ke dalam akaun e-mel mangsa.



"Phising" iaitu menyamar sebagai laman web sah dan seterusnya memujuk mangsa mengklik pautan melalui e-mel yang seterusnya akan membawa bersama maklumat sulit pengguna.
Melancarkan perisian pengintip yang memasuki komputer orang lain tanpa disedari, sama ada untuk mencuri maklumat mangsa ataupun untuk melancarkan tetingkap "pop-up" iklan secara berterusan.



Memasuki atau mengubah program atau data tanpa kebenaran (pencerobohan komputer).
Perisikan Perindustrian


Menghasil dan menyebarkan virus komputer
Teknik "Salami" iaitu perbuatan mencuri wang berulang kali pada kuantiti yang sangat kecil.
Kuda "Troy'
Cetak Rompak






10 LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER
1. Jenayah siber berpunca dari internet. Benteng pertama untuk melindungi komputer adalah Firewall. Windows sudah menyediakan Firewall pada semua sistem operasinya. Aktifkan Windows Firewall dengan klik pada Control Panel -> Windows Firewall.
2. Setelah Firewall diaktifkan, sesebuah komputer perlu ada Antivirus. Tidak kira berbayar atau percuma, ia penting untuk perlindungan setiap masa komputer. Contoh antivirus seperti Avira, Kaspersky, AVG dan Sophos.


3. Hidupkan Spam Blocker. Kebanyakkan penyedia internet menyediakan fungsi spam blocker untuk mencegah mesej-mesej yang tidak diperlukan seperti spam dan phishing email masuk ke inbox.


4. Kaedah penyulitan (encryption) di mana setiap data penting perlu melalui proses penyulitan menggunakan perisian tertentu di internet.

5. Berhati-hati dengan laman web yang meminta maklumat peribadi. Ini adalah kes biasa berlaku dan amat banyak berlaku dalam jenayah siber Malaysia. Laman web yang dilayari perlu diyakini 200% sebelum memberikan sebarang maklumat peribadi.
SKMM adalah suruhajaya yang bertanggungjawab menyelia dan mengawal aspek keselamatan siber, komunikasi dan multimedia Malaysia. layari http://www.skmm.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

6. Jika membuat pembelian secara dalam talian (online), proses pembayaran perlu selamat. Contohnya transaksi antara bank perlu dalam format https:// atau TRUSTe atau VeriSign. Jika ragu-ragu dengan proses transaksi, tinggalkan sahaja.


7. Terpedaya dengan janji manis. Cepat sangat cair jika diberi hadiah dan umpan wang. Khas untuk wanita, banyak kes berlaku di Malaysia membabitkan warga asing yang menipu golongan wanita. Mereka meminta wang dan ditaburi dengan sejuta janji manis. Penyelesaiannya, jangan syok sendiri.


8. Tinggalkan sahaja email spam dalam akaun email. Spam yang telah dianalisa oleh penyedia email seperti Gmail dan Yahoo Mail adalah 99.99% tepat. Cubaan membaca dan percaya pada email spam adalah satu tindakan kurang bijak.


9. Tinggalkan sesuatu tawaran yang terlalu bagus untuk dipercayai.


10. Jangan pasang Toolbar atau perisian yang kita muat turun dari internet tanpa mengetahui tujuan perisian tersebut. Bimbang ianya adware yang cuba mencuri data peribadi secara senyap. Ini adalah kategori jenayah siber yang amat pintar untuk menipu kita.



p/s: Cegah lebih baik daripada merawat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0