Kelab Komputer Buka Gerai Sempena HAri KOkurikulum..

Pada hari Sabtu yang lepas bertarikh 16 Mac 2013 ...sempena HAri Kokurikulum..Kelab ICT dan Bahasa Melayu bergabung tenaga untuk menjayakan gerai yang dibuka pada hari itu..
Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang turut sama bekerja keras bagi menjayakan gerai yang dibuka pada hari itu. Anda semua memang TERBAIK!. Terima kasih juga kepada para pengunjung yang sudi membeli sambil menderma di gerai kami..
Terima kasih banyak...
Semuanya habis terjual pada hari itu. Good job!


Gerai Kelab ICT dan Bahasa Melayu..:D

Cendol habis terjual dalam masa singkat. Memang betul-betul best!

Cup cake turut terjual habis

Menu ditampal di atas bumbung supaya pelanggan dapat melihat dengan lebih jelas dari jauh

Persiapan sebelum gerai dibuka.

Laksa yang enak. Hasil air tangan Cikgu Yah. Sedap betul!

Antara pelajar-pelajar yang sibuk membantu di gerai. Terima kasih pelajar-pelajar. Semoga anda menjadi pelajar yang berjaya nanti. :D

Cikgu Atikah yang turut turun padang mempromosikan gerai

Cikgu Liza tak menang tangan dengan cendolnya sedang dibantu anak-anak murid yang rajin.

Our stall...marvelous!



Rojak turut dijual. Pun habis terjual..tidak sia-sia ahli-ahli kelab ICT dan BM menyumbang bahan-bahan...:D



Cikgu Aisyah sibuk mengisi laksa

Kemeriahan di gerai ICT dan BM...



Antara pengunjung gerai yang datang membeli. Terima kasih daun keladi ya!

Cikgu Liza dan cendolnya yang laku bak goreng pisang panas.

Cikgu Nor Eza juga sudi datang mengunjung.

Dah habis
  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment